Salam. Alhamdulillah, permohonan PIBG untuk mendapatkan kemudahan 'water cooler' telah ditunaikan oleh Adun Slim. Sebanyak 5 unit 'water cooler' bernilai RM 7500 telah siap dipasang dan digunakan di SMK Trolak untuk kemudahan para pelajar.
Kini, PIBg sedang dalam proses menyiapkan pembinaan Surau SMK Trolak. Gambar boleh dilihat dibawah. Namun PIBG SMK Trolak masih memerlukan sumbangan daripada orang ramai kerana dana yang diperlukan belum mencukupi. Orang ramai yang ingin menderma bolehlah menghubungi saya selaku setiausaha PIBG di talian 013-6060875 atau terus ke akaun pembinaan surau SMK Trolak ( RHB Bank ). No. akaun 25807500002960. Jasa baik tuan/puan didahulukan dengan ucapan terima kasih.
GAMBAR MESYUARAT AGUNG
UCAPAN YDP PIBG
ASSALAMUALAIKUM. SAYA RASA BERSYUKUR ATAS KEJAYAAN SETIAUSAHA MENYIAPKAN LAMAN WEB KHAS PIBG SMK TROLAK. DIHARAP DENGAN PEMBINAAN WEB INI, MASYARAKAT LEBIH BERINFOMASI DAN PEKA KEPADA PROGRAM DAN ISU-ISU YANG DIBANGKITKAN.
PADA 25 MAC 2010 (KHAMIS) AKAN DIADAKAN MESYUARAT AGUNG PIBG KALI KE-27. SEMUA IBUBAPA DAN PENJAGA DIJEMPUT HADIR PADA JAM 2.00 PETANG DI DEWAN AL-ZAHRAWI SMK TROLAK. MESYUARAT AKAN DIRASMIKAN OLEH YB DATO KHUSAIRI B. ABD TALIB, DPMP,PPT,BSK. (ADUN SLIM RIVER)
Selasa, 23 Feb 2010. Satu bengkel pembinaan blog untuk sekolah-sekolah di Daerah Batang Padang telah diadakan di PKG Tapah Road. Bengkel ini dikendalikan oleh Persatuan Siswazah UPSI yang diketuai oleh En. Azlan bin Lin.
No comments:
Post a Comment